haaaa.....gitu plak statement yerk….awal2 dah warning jgn gelak…bukan apa,org lain dah ramai yg m’baking guna mould silicon nih…tp aku baru berani2 takut nak guna…ye lah…mcm2 aku dok bayangkan masa nak bakor kek guna mould ni….kot nnti tetiba mould tu jadi kelepet kelepot huaaaaaaaaaaaaaa….mau x meraung haku!! Dah la mould tu hadiah dr sohabat tersayang nun jauh di Qatar sana…..haihhhh…klu rosak mmg merana hati ni….. Masa bakar kek ni setiap 2 minit aku m’intai2 kat depan oven…takut wehhh…mana tau tetiba mould tu m’cair ke…x ke naya…!!! Jakun sungguh ko lia!!! Apa daaaaaaaa….
Projek kali ni sbnrnya mmg khas nak merasmikan mould yg dah lama aku dapat (sejak raya tu ari…) dok pikir2 nak buat kek apa kat mould cantik nie….mula2 nak buat kek orange blended….pastu tetiba tgk ada 3-4 biji pisang berangan yg dah hamper xpired, aku beli utk kudapan firas (ececeehhhh…kudapan tu…kelas ko lia!! ) dari dia makin lembik gitu baik lah ditransferkan menjadi kek pisang…..btl x??
Kek pisang kali ni hasil selongkar dr dapur Kak Azlita lagik…..ampun ye kak asyik selongkar dapur akak jer…huhuuhuuuu….apa tidaknya semua masakan kat blog kak ita ni menikam qalbu…rasa mcm nak buat je semua! Masa baca resepi ni kak ita da pesan…klu nak buat makan utk sekeluarga eloklah buat ½ adunan sjer sbb klu buat 1 adunan hasilnya mmg banyak…takut x terabis pulak nnti….daaaa membazir…x baik kan m’bazir….kawan syaitan tue….x mo lah kan….jadinya aku pun buat ½ adunan sjer…ngam2 dgn mould yg lelord bagi…..dan yg bestnya cantik pula hasilnya…..terima kasih yer sohabat…balik m’sia nnti belikan lagik yg lain pulak…. (awwwwwwwwwwwww….demand eaaa…x malu!!!! kikikikiiiii)
Resepi ni sgt sedap ye teman2 sekalian…x tipu tau...!!! lembut sgt2 sebiji mcm kita makan kek chiffon….kek ni aku bawa ½ ke rumah sahabat baik kat taman ni (sahabat yg akan aku rindui bila aku pindah nnti….sob..sob..sob!! ) pastu yg ½ kat umah ni aku cuma dapat makan 1 slice jerk….selebihnya minah2 gebuss tu yg habiskan….masing2 bawa sorang sepiring makan mengadap TV….x per lah bila buat makan2 ni mmg utk anak2 pun….maknya dapat makan sikit pun jadi lah,asal x kempunan kan… (ehhh…tetiba t’ingat cite batu belah batub'tangkup...hihihiiiiiiii)
Jom semak resepi..x rugi mencuba….
MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE
sumber : masam manis
250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco
1 sk esen pisang
"DO IT YOURSELF"
Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
- minyak
- choc emulco
- pisang
- esen pisang
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.
p/s: nak kene buat kek ni lagi sbb damya da request pagi2 td.....nak kene pi cari pisang la nampaknya....
3 cerita dari hati:
hehehhee cantik2
lia.. tu la kelebihan guna silicone mould.. kek jd cantik jer tak melekat kat mould kan.. cantik kek lia tu :)
bertuahnya ada anak2 yg ramai, dapatlah maknya mencuba masak macam2 yg digemari pula anak2.. (eh! Apsal bhsa akak mcm skema jer ni ha??)
Post a Comment