Assalamualaikum.....
malam ni share resepi antara kuih kegemaranku.....mmg sgt2 suka kuih ni tp x berapa pandai nak buat. kuih ni jarang jumpa org jual...masa bulan ramadhan pun ssh nak nampak..x tahu lah kenapa? adakah kerana ssh nak dapat bekalan ubi kayu @ cara buat kuih ni susah....kebetulan ari jumaat lps MIL ada kirimkan beberapa batang ubi kayu, awalnya nak rebus n makan dgn sambal tumis jer...tp tetiba hati meronta nak cuba talam ubi..
t'ingat kata2 BFF "klu nak makan kenelah rajin" yer aku rajin ni lord.... ^____^
dah lama simpan resepi dari CMG, rasanya sejak sebelum pregnantkan firas (lama tu...lagi 2 bulan je firas dah setahun... ) ingin nak buat tp x confident nak mencuba kuih talam menalam nih.. klu silap sukatan mmg x menjadi lah....
dan yg paling aku suka, sejak kenal blog kak yatie aku dapat satu tips utk mengelakkan kuih talam ni melekat kat loyang. dulu2 klu buat kuin lapis @ seri mula punya lah payah nak potong jadi molek....nak keluarkan dr loyang yg belah tepi tu mmg sgt ssh..klu diterbalikkan loyang tu pun mmg x keluar lah kuih tu, silap2 mmg lah kuih tu.. tips dari kak yatie loyang mesti di alas dgn plastik. selalu aku plastik wrap tu....mmg b'hasil! terima kasih ye kak..... sekarang bila kuih dah betul2 sejuk tarik plastik p'lahan2 n kuih dgn mudah dapat dikeluarkan n dipotong dgn cantik ^________^ gembira bila tgk kuih yg kita buat ti molek jer hasilnya.
kali ni buat talam ubi utk minum ptg hari sabtu lps, mmg b'debar menanti hasilnya. tp bila dah siap...wallah!!! best giler.....cuma utk lapisan yg atas tu aku mcm t'lebih letak garam lah...w'pun rasanya bukan lah masin sgt tp klu dikurangkan sikit lbh sedap lah.. kene take note yg nih.
resepi aku abdikan disini utk rujukan di masa akan datang....terima kasih kepada CMG dan kak yatie....bila lah nak dapat jumpa mereka berdua lagi agaknya....
TALAM UBI
BAHAN BAWAH:
600gm parutan ubi kayu
160ml santan cair
200gm gula pasir
50gm gula melaka
sedikit perwarna coklat (optional) ** sya x letak sbb x der.
1 helai daun pandan
BAHAN ATAS :
600ml santan
40gm tepung gandum
70gm tepung beras
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
- UNTUK BAHAGIAN BAWAH : Satukan santan,gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
- UNTUK LAPISAN ATAS: Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jgn banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api sederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dgn aluminium foil tadi, Biar kuih betul2 sejuk sebelum di potong
p/s: bila dah beberapa kali menjadi buat kuih talam ni...aku rasa lbh bersemangat pula nak mencuba resepi talam yg lain....
2 cerita dari hati:
hahhaha iye2 nak makan kena rajin..smpai skang aku x rajin lg ni...nak wat apam dotdot
aku x suka kuih talam2 ni xpe2 boleh je cuba buat ne tau pasni suka lak kan
Rajinnya buat kuih-muih. Nanti boleh berniaga depan rumah. Anak2 akak tak reti makan talam. Kalau kuih lapis merah-putih tu dorang sukalah tapi ibunya pulak yang tak reti nak buat.
Post a Comment