TRIMESTER PERTAMA (1-12 MINGGU)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER PERTAMA
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU PERTAMA (1)
- Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA (2)
-Telur memulakan perjalananya memasuki Tiub Fallopia
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETIGA (3)
-Setiap telur adalah perempuan (kromoson X). Suami anda pula menghasilkan sperma yang mempunyai kedua-dua kromoson X dan Y. Sperma X yang disenyawakan dengan telur memberi peluang untuk anda mendapat bayi perempuan. Jika sperma Y yang disenyawakan, itu bererti anda akan mendapat bayi lelaki
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT (4)
-Janin kini kelihatan seperti rongga yang penuh dengan ratusan sel. saiz janin pada ketika ini seperti sebesar kepala pin
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA (5)
-Janin kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat. Tubuhnya bewarna kekalabuan dan lut cahaya. Diperingkat seawal ini, tubuh janin sudah mula terbentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar, kulit,sistem saraf,tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEENAM (6)
-Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)
-Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)
-Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN (9)
-Janin sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Janin sudah mula melakukan pergerakan. Bagaimanapun anda masih belum merasainya. Jika bayi anda lelaki, penisnya akan kelihatan, tetapi ia masih memerlukan imbasan yang teliti untuk benar-benar mengesahkannya
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEPULUH (10)
-Panjang janin kira-kira 4.5cm.Janin kelihatan seperti udang kecil, buku lali dan pergerakan tangan sudah terbentuk dan janin boleh melakukan separuh gengaman. Janin sudah boleh menggerakan lengan,kaki dan dadanya sebagai latihan bagi membolehkannya bernafas
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEBELAS (11)
-Janin pada peringkat ini dikenali sebagai fetus. Saiz janin sebesar tiub gincu. Biarpun janin semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUABELAS (12)
-Perkembangan janin pada masa ini ialah, kesemua organ besar dan struktur tubuhnya sudah lengkap terbentuk. Janin sudah mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam anggaran 44 ml.
0 cerita dari hati:
Post a Comment