October 25, 2011

NASI AYAM IPOH

Assalamualaikum.....

da makan t/hari....??? klu blm sila lah menjamu mata dgn hidangan di bawah yer..... (uhuuu...x baik ko lia!!! )


Cuti sekolah dah pun 2 hari bermula….maka meriahlah suasana kat umah ini dgn ragam anak2 dara 2 org ni….dr celik mata sampai lah masuk waktu tido kejenya…gaduh…gelak2…gaduh….ketawa bagai nak rak,siap b’guling2, b'peluk2 bagai pastu gaduh lagik m’jerit2 pulak……pastu baik semula n gaduh2 lagik…..haaaa…begitulah seterusnya yer smpi lah pukul 10.30 mlm waktu wajib masuk bilik tido….baru lah aman….tp itu lah kan....anak2 ini lah penghibur di kala duka.... ^__________^


Dan bila cuti sekolah ni, menu masak2 di dapur byk m’ikut permintaan anak2….mcm ari sabtu lps…kakak mya nak makan nasi ayam….aku skrg klu nak buat nasi ayam mmg x pilih resepi lain dah…..aku mmg dah ‘booked’ resepi ni…..


Ini 2nd time aku buat, 1st time dulu buat masa raya….menjamu adik2 yg dtg ke rumah n makcik aku yg dok kat Skudai nun….semua kata sedappp!! Lain dari yg lain rasanya…..mmg puas hati lah…tgk pada resepi mcm cerewet nak buat tp bila da buat…eeehhehh..senang n ringkas jer….

X daya nak citer pjg lebar….sesapa yg b’kenan tu blh la print resepi di bawah yer….



NASI AYAM IPOH


Resepi : Quinne MyR,

sumber : Kak Nor & Kak Azlita


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


~ sangat2 puas hati dgn hasilnya.....sedap!!! cuba lah..........gerenti puas hati!~







p/s: da chop resepi ni utk menu b'buka pose tahun depan.....wahhhhh!!! blh gitu...??? tahun depan menyambut ramadhan di Melaka...tetiba teringat bazaar ramdahan Taman Chempaka..... ^_______^


8 cerita dari hati:

Lelord said... Reply To This Comment

iyer lahhhhh nanti aku cuba huhuhu

AnneRaini said... Reply To This Comment

amboi kak, sampai ke ipoh sane..jauh tuuu...hehe

eB said... Reply To This Comment

terbaek, sengkuang tuh wat sup lagi sdp kan? :)

wahida said... Reply To This Comment

sedapnya lia....nnt aku nak try la...selalu aku buat nasi ayam biasa je..yg hak ipoh ni mcm best lak...

pandai ko hiaskan ayam tu lia, dah mcm kat kedai lak kekdahnya aku tgk...

ayeesha anna said... Reply To This Comment

wah dapnyeeee...harus try neh

ct rahani said... Reply To This Comment

nasi ayam memang sedap..

*dh copy resepi ni.. mana tau 1 ari nanti tergerakk hati nk mencuba.. tq ye kak.. :)

Teratak Hami said... Reply To This Comment

Boleh try nanti. Anak2 suka makan tapi ibunya tak pernah buat pun.

Tahun depan boleh ler berniaga kat Bazar Ramadan Tmn Cempaka .. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

Lia puji2 ni, smpi dah 2x buat, akak nak try nanti, kena cari ayam dulu, stok ayam dah habis.. hehe