February 27, 2012

IKAN PARI MASAK HIJAU


Assalamualaikum...

selamat petang....mesti ramai yg kekenyangan makan lunch tadik kan...

sebenranya dari pagi td masa keluarkan ikan pari ni dari peti ais hati b'belah bagi sama ada nak masak 'ikan pari bakar berempeh harum' atau asam pedas atau pun masak hijau....resepi ikan pari masak hijau ni dah berkurun lama dok dalam folder tp x penah dicuba sbb en.suami penggemar tegar ikan pari masak asam pedas...so,tiap kali beli ikan pari asyik lah dok ulang tayang masak asam pedas.....kdg2 jemu jugak..

jadinya hari ini 'tukang masak' mencuba resepi baru yg mmg blm penah dicuba lagi...

mmg x rugi mencuba....sedap banget!!! siyes x tipu....grg ikan pari tu garing2 tau baru best! aku makan dgn nasi putih je tadik....ada juga masak sayur kobis tp aku ambik sikit sbb sedap makan kering2 gitu....heheheee....

korang cuba lah....mmg best!!



IKAN PARI MASAK HIJAU

sumber dari : kak ayu & kak nor

Bahan:
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)

Cara:
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel

note: lia ikut cara kak nor... ^____^



p/s: sakitnya pagi tadi 2x kene cucuk ambik darah....mcm nak fengsan...ditambah pula terpaksa minum air gula yg pekat likat tuh...adoiii lah....seksa rasanya nak menelan...lps ni kene makan nasi byk sikit sbb nak cover balik darah yg hilang 2 tabung tu.... ^____^

7 cerita dari hati:

azila said... Reply To This Comment

sedapnyaaaaa k.lia...ni tetibe rasa nak try buat gak ni. waa, dah minum air gula??hehhe...mmg rasa nak pitam lps minum sbb terlampau likat kan?

izan mama mia said... Reply To This Comment

singgah sini..
hai..kenapa kena ambil darah? kenapa kena minum air gula...pregnant ker?
ikan pari masak hijau mmg tak pernah cuba..sll msk kari atau asam pedas jer...nanti nak cubalah masak hijau ikut rresepi kat sini.. :)

Sari Yusa Ibrahim said... Reply To This Comment

samalah ngan husband akak, dia mau ikan pari asam pedas jer, karang masak lain dia merajuk, singgah dapur Lia jerlah, hehe

ieja amieja said... Reply To This Comment

lia..akk tgk menu dah terliur laa..akk dah msk gulai ikan..
akk x pernah minum air gula tuh masa pegnant dulu..hehe

K.Nor said... Reply To This Comment

mmg sedap kan lia.. k.nor dh lama tak buat ni

AnneRaini said... Reply To This Comment

2 sudu sambal belacan?mknanya kena buat sambal belacan dululah ye...

Izan Ishak said... Reply To This Comment

sedapnya kak.. izan dah lama tak makan ikan pari. rasanya last masa peknenkan naufal thn 2006 dulu. tu pun sbb mengidam...