February 21, 2012

KEK BATIK ARORA

Assalamualaikum.....

selamat ptg... ^____^ arini tuan umah t'lbh rajin sbb buat n3 ptg2, sbnrnya m'ambil kesempatan b/band yg baik hati ptg ni..tgk elok je line 3G muncul...jd peluang yg ada kita up lah satu story kan...

kejadian berlaku pada ari sabtu lps...akhir2 ni melaka kerap hujan,alhamdulillah sejuk bumi melaka nan permai...bila hujan tetiba t'ingin plak nak makan kek panas...dah lama x m'baking kek...tangan pun dah gatal2 nak pegang mixer (ecececeeehhhhh.....) lagipun nak perabis stok tepung superfine yg dah buka sejak awal tahun aritu..takut dah x fresh nnti kan....

kali ni try buat kek arora...kek yg tgh m'lotop2 kat blog2 blogger masakan skrg ni....sana sini dok tayang kek batik arora...kata tuan punya resepi nama arora ni hasil gabungan aroma+aura, maklumlah dalam satu kek ada pelbagai rasa....

tgk org lain buat semua jd corak batik...tp kan aku punya x jadik pun..heheheeeee..konon ikut tips cikmat bagi tp aku punya x secantik yg cikmat buat..kene lbh practice lagi la ni nampaknya....tp x kisah la kan...cantik jugak corak tu.. (ngeeee....puji diri sendirik!) & yang penting rasanya mmg sedap n lembut yg amat... ^____^


~ gini lah pulak corak yg jadik...dah le masa m'baking tu x perasan ntah bila anak2 dara kat umah ni pi tukar setting oven tu.pttnya guna api atas/bawah tp di tukar pd api bawah shj...aduhai..sabo je lah nasib baik kek x bantat....haishhh... ~

jom lah tgk resepi plak...raya nnti blh buat (ehhh...x sedau diri raya nnti dok b'sandar dalam pantang....eheheeeee )

Kek batik arora


Bahan-bahannya:

250gm mentega
100gm gula kastor
¾ cawan susu pekat manis
250gm tepung gandum* (yang ni lia guna tepung superfine)
2 camca teh baking powder * (*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda (pilihan mat gebu seperti di bawah)
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
Pewarna coklat = perisa coklat emalco
Pewarna hijau = perisa pandan paste
(**lia guna 4 kaler je sbb xder warna ungu n perisa blueberry)

CARA MEMBUATNYA :

1.    Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.    Putat mentega, ovellate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap biji ialah satu minit.
3.    Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata.
4.    Bagi adunan tadi kepada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap adunan dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
5.    Ambail satu bahagian gunting bucu plastik tadi. Dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna plastik lain pula. Lakukan kaedah sama secara berselang seli dengan perisa berlainan hingga siap.
6.    Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

CATATAN MAT GEBU: sebab mat guna tin warna hitam,suhu mat guna 150C. Jika anda guna tin aluminium,guna suhu yang disarankan atau mengikut oven masing2. Teknik yang mat tulis tu jika anda menggunakan tin berlubang tengan. Kalau tin bulat biasa,anda boleh sudukan aduanan secara berselang seli,bermula dari bahagian tengah tin....selamat mencuba!!



~ sempoi je hidang atas pinggan firas makan sbb masa ni nak bawa keluar makan dgn anak2 sambil teman en.suami cabut segala rumput rumpai kat depan umah.... ^______^ ~

9 cerita dari hati:

sue zainun said... Reply To This Comment

baru lepas makan kek batik tp bukan kek batik aurora la..kek batik biasa jer..hehe

ijayuji said... Reply To This Comment

Salam mamamya! hihihi... ni bukan batik2 lagi tp kek dot dot arora hihihi..cuns lah tu! janji sedap! dlm mulut dia tak jadik batik lagi dahhhhh :D

LYAfrina said... Reply To This Comment

comelnyer kek ni... nk mkn pon rsa syg

Citarasa Rinduan said... Reply To This Comment

mmg berantu kek ini..

pandai kak bt sampai hasilnya jadi cantik dan gebu..
tahniah

Nur Hawa Mohd Zin said... Reply To This Comment

wah...mesti anak2 akak suka :)

JaJa'Z said... Reply To This Comment

wah! corak batik gitu..sedap2..warna pun menawan kak...

ilahjy said... Reply To This Comment

salam lia
t.kasih ...
semua tu ujian buat kak ..

apapula tak jadi..ada seni tersendiri kek batik arora tuuu...
emmm..boleh..cuba lah kek kak tu..senang jer..kek org malas hehehe

cik dah faridah said... Reply To This Comment

mesti sedap secantik rupanya...kukus boleh jgk kan?

AnneRaini said... Reply To This Comment

amboi menjadi2 rajin kak lia skrg ye...buat diriku cemburu..nak sikit!