August 08, 2011

PUDING KEJU

1st time tgk puding keju ni kat blog kak nor....terus jer aku copy resepi,simpan punya lah lama....sampai lah kak yatie buat dulu baru aku t'kedek2 mcm itik pulang petang nak buat jugak....eheheee....puding ni aku buat utk dessert b'buka hari khamis lps...mmg dah selamat masuk dalam perut n 'keluar' balik....ekekekeee.....

mcm yg kak nor n kak yatie b'tau...puding ni t'amatlah sedap...rasanya lemak2 manis tp bukan manis sgt yer...klu ikut citarasa aku ni,manisnya mmg sedang elok.cuma masa buat puding ni aky guna serbuk agar2 10gm jd sukatan air aku adjust sikit lah....takut nnti t'lembik lah pulak klu ikut sukatan ni.....

damya n afiqah laju je makan...x sempat nak sejuk kat dalam peti ais dah 5-6 ketui dia org makan.... ^________^,alhamdulillah gembira bila anak2 suka makan apa yg kita buat kan.....

PUDING KEJU

Resepi : Alongroz

Sumber: kak nor@ secubit garam & kak yatie

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
  • 13 gm Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400 ml Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50 gm Mentega
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Yatie pun ikut cara K.Nor.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain). Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh.




13 cerita dari hati:

Shafini Mustafha said... Reply To This Comment

wei la...tak aci la post puding yang sedap ni..meleleh air liur.. huhu

AnneRaini said... Reply To This Comment

nmpk sungguh menyelerakan...

perut sy dah berkeroncong ni..atoii

Kakzakie said... Reply To This Comment

Tak nak komen puding itulah. Kakak masuk sini nak tengok mata bulat Firas kat sidebar aje...jangan marah Lia...

pena rozie said... Reply To This Comment

Bile tah nak buat....

Mamamya said... Reply To This Comment

fini...

hehehe....xpe lain kali kak long buat kak long pos kat jalan ss 5/9 yer... :D

Mamamya said... Reply To This Comment

anne...

sedap ni anne... ^________^

Mamamya said... Reply To This Comment

kak zakie...

sila2 kak zakie,tgk jgn x tgk....xde nye nak marah kak...blh tgk smpi pengsan...heheee...

Mamamya said... Reply To This Comment

pena rozie...

insya'allah ada masa blh buat nnti...

Sari Yusa Ibrahim said... Reply To This Comment

bila akak nak buat ni, huhu.. wah!! Dah tukar wallpaper nampak, hehe

adarnadzmie said... Reply To This Comment

nampak sedap dan menarik....

mamalieyna said... Reply To This Comment

aduuuuh nmpk menarik n tergoda sungguh ni///hee~

bulan posa ni, belum masak beriya lagi, kec masak2 lauk di hari minggu je..hu~ best gak kalo try resepi ni..

tq sharing ye lieya...menarik tuh~

Hanis Azla said... Reply To This Comment

nampak sedap sgt.. resepinyapun nmpk mudah.. boleh cuba ni..

Papa Mifz said... Reply To This Comment

aduh terliur den tgk puding nih...kene suh wife cubo buek la...