June 08, 2011

Kerabu Tomato Berkobis

dah lama buat kerabu ni tp baru ni nak tayang sbb plan nak buat lagi ptg ni utk juadah berbuka puasa...^___^ bila dah buat lbh dari sekali of course lah kerabu ini mmg sedap kan.....

masa 1st time buat dulu en.suami pun puji sedap...sbb dia mmg suka makan tomato..rasa kerabu ni masam2 + manis + pedas+ masin.....senang cakap secukup rasalah....mmg x rugi mencuba...dah la senang n ringkas...sedap pulak tu...

pada sesiapa yg tgh on diet mmg sesuai lah menu ni.....terima kasih pada kak nor sbb share resepi kerabu yg mmg best..!!! tp kan kak lia ada 'derhaka' sikit...uhuuuuu...masa buat ni stok limau kasturi/nipis x der...yg ada limau purut...en.suami kata.."blh lah tu...janji ada jus limau" heheheeee...mula2nya takut2 juga sbb takut pahit....x penah2 guna jus limau purut...nasib baik sedap n baunya mmg membangkitkan selera....pastu bawang kecil tu lia ganti dgn bawang besar.....^___^

KERABU TOMATO BERKOBIS

Sumber: kak nor

Bahan:

2 biji tomato
1 genggam ikan bilis halus ~ digoreng garing
sedikit kobis ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus (lia ganti dgn bawang sebiji bawang besar)
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris halus
2 sudu besar sos ikan
garam ~ secukup rasa
1 sudu besar gula
daun ketumbar ~ dihiris halus (k.nor tak letak sbb tak ada stok)- sama lah kita...xder stok..:)
3 bj limau kasturi

Cara:
Tomato dibelah 4 dan dibuang empulur serta bijinya. Kemudian dihiris nipis.
Masukkan tomato, kobis, bawang merah dan cili padi ke dalam mangkuk.
Masukkan juga sos ikan, garam (hati2, jgn letak banyak sbb dah ada rasa masin dr ikan bilis dan sos ikan), gula, daun ketumbar dan perahan limau kasturi.
Gaul hingga sebati dan perap 10 minit barulah dihidangkan.



9 cerita dari hati:

Nur Hawa Mohd Zin said... Reply To This Comment

mak selalu buat juga kak kerabu tomatu ni..heheh..tomato best!

~aSFaLiZa~ said... Reply To This Comment

serius nampak sdp

Lelord said... Reply To This Comment

Nanti leh try, ritu aku ada buat kerabu sotong bahan sama jek mkn sejuk best ni

mamalieyna said... Reply To This Comment

waaaa mabeles nampak tu..ada resepi, tQ nnti leh cuba2..hee~

suka sngt kerabu2 ni..kerabu mangga dh lama tak pekena..hee~

K.Nor said... Reply To This Comment

salam lia.. tq sudi cuba resipi simple ni.. :)

dieya said... Reply To This Comment

k lieya!!!!!
thank u sangat2 for the birthday wish n3!!!!!
adusss.. lama tak jengah sini.. bz laa.. baru nak reply.. i'm so sorry!
thank you.. terharu sangat! muahhhsss!!!

wahida said... Reply To This Comment

tak tau kenapa aku tak suka mkn kerabu...

tapi ingat nak try test mkn kot2 pas ni tekak aku boleh masuk lak..nak cuba dulu ngan kerabu mangga yg dorang ckp sedap tu...

Hanis Azla said... Reply To This Comment

mak akak selalu juga buat.. sedap.. akak suka..

sW33tdARLiNG said... Reply To This Comment

perghh kalau letak mangga skit mesti meletopss