Menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, kajian yg dilakukan kpd banyak sampling manusia yg sedang marah ternyata marah itu boleh dikawal, tapi masalahnya marah yg tak dikawal sering menyebabkan bermacam kerugian, harta & banyak pula nyawa pun terbabit... Pernah seorang sahabat meminta nasihat daripada Nabi, maka Nabi saw memberitahunya sebanyak tiga kali : Janganlah engkau marah !( rwyat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim, Abu Ya'la dll) Menahan kemarahan berlaku dgn Dua perkara :
pertama secara dalaman terapi perasaan Marah yang tidak sepatutnya itu adalah dengan memperbanyakkan muhasabah, cthnya perasaan marah yang tercela disebabkan penyakit takabbur ( merasa diri hebat ) , terlalu berbangga dan takjub dgn diri sendiri ( Iftikhar & Ujub ), Ketamakkan ( al-hirsul mazmum ), terlalu banyak gurau ( al-Mizah fi ghairi mahallih ), dan sebagainyer.
kedua, marah yang dicela boleh dirawat dengan berta'awwuz ( mengucap 'A'uzubilLah..) , mengambil wudhuk, mengalih kedudukan seperti duduk, ataupun berdiam diri ataupun pergi ke tempat lain hingga perasaan itu redha.Adalah penting bagi kita membayangkan kekuasaan Allah terhadap kita dan janji-janjiNya kepada seseorang yang sering mengawal kemarahannya.
Kepada anda yang sedang marah, bacalah Ta'awwuz (Azubillah), tukarlah posisi dari yang tinggi kepada rendah (contoh kalau sedang berdiri, duduklah, begitulah seterusnya - kalau sedang baring? tidurlah. insyaAllah selepas tidur kemarahan anda akan reda) ambillah wudhuk, semoga dengan wudhuk tersebut dapat memadam api ke...marahan anda, diamlah, semoga dengan diam kita akan lebih bermuhasabah, banyakkan zikir dan beristighfar, minumlah air, lakukan senaman fizikal dan lain-lain perkara yang dirasakan sesuai dan tidak melanggar syara'.
Sekian war2kan lah perkara sunnah utk amalan ini.p/s : mulakan lah hari anda dgn senyuman.....
4 cerita dari hati:
kita tak suka marah2x..kita suka senyum..hehe..
hmmmmm.. padanlah lepas tido mlm tadi ilang segala kemarahan...
mamalieyna.... hehehe...bagus tue..awet muda...:)
dalila... marah kat sapa tue?? :D
Post a Comment