March 17, 2011

Bersabarlah Duhai Hati....

dah beberapa kali tertangguh nak buat n3 ni.....walaupun dah terlewat...lia ttp nak buat khas utk kza....

n3 ini khas utk sahabat yg x pernah aku jumpa CHE ZAWIYAH BINTI CHE HASAN....aku sendiri dah ingat2 lupa mcmana aku blh berkenalan dengan kza (maaf yer kak...mmg lia btl2 lupa) yg aku ingat aku mula mengenalinya sewaktu b'urusan utk membeli tuala wanita jenama AVAIL....persahabatan kami hanya melalui sms selama hampir 5 tahun.....sepanjang 5 tahun mengenali kza aku rasa baru 2 kali aku mendengar suaranya...

walaupun x pernah bersua muka...tp aku terasa dekat dgn kza kerana kami selalu berkongsi masalah yg sama (kami sama2 lambat dikurniakan cahayamata) aku kenal kza sebelum damya hadir dalam keluarga ini, dan tujuan aku membeli tuala wanita itu juga adalah salah satu usaha utk mendapakan cahayamata setelah berusaha pelbagai cara termasuk membuat rawatan dengan doktor pakar.....

sewaktu aku menerima khabar kza pregnant pertengahan tahun lps...hati ini sama2 melonjak gembira...at last ada berita gembira utknya kerana aku tahu selama ini kza n suami x pernah jemu & putus asa berusaha utk memiliki permata hati....

tp aku dikejutkan satu berita di fb sewaktu aku masih dalam pantang melahirkan firas....

"saya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang telah sekian lama ditunggu @Hosp. Seri Manjung, Perak, 24 Jan 2011 @ 1440H. sekarang kami berdua berada di NICU Hosp. Ipoh. doakan anak kami sihat dan selamat dan semoga saya dan suami tetap cekal, tabah dan kuat menghadapi ujian ini." on 26hb january 2011.

hati ini t'tanya2..."kza dah bersalin??? kenapa blh dekat2 due kami ni sebab seingat aku masa kza b'tau dia pregnant aku dah mengandungkan firas 4bulan...." terus je aku call kza...tp sygnya masa tu aku x dapat nak b'ckp dgn dia sbb phone kza ada masalah.....

sejak dari tarikh tu aku sentiasa m'ikuti perkembangan kza n bby melalui fb sebab kza sentiasa update ttg perkembangannya kat situ....setiap kali baca status kza..hati ini jadi sebak...aku memahami situasinya..walaupun kza selalu kata dia redha dengan apa yg terjadi..sebagai ibu/mama aku tahu dia sedih......

"both ibu n dd mengalirkan air mata bila tgk keadaan sayang Nurin yang quite lemah, tak bermaya. Mata sayu memandang kepada kami...tanda bahawa dia sedang bertarung dengan kesakitan yg dialaminya. tangan dan kaki lemah longlai. according to doc, Nurin ada infection dalam perut, so on antibiotic dan posa 5 hari. kes akan refer to HKL if ada apa2 mslh yg tak boleh setle kat sini."

status kza pada 11hb mac...membuatkan aku terbayangkan kesukarannya menghadapi situasi getir ini....org kata ''berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul" dan tiba2 hati ini berkata..."andainya manjung n johor bharu ini dekat...."

pagi ahad 13hb mac 2011....aku buka fb lewat sebab kepenatan dengan aktiviti semalam (hari sabtu - vlog kat sedenak),sewaktu terpandang status kak za...m'gigil tangan ni...airmata usah dikata lagi........

"puteri kesayangan kami, Nurin Zara Zahirah (49 hari) telah dijemput pergi oleh Penciptanya tepat jam 0540H, 8 RabiulAkhir 1432H ~ 13.03.2011 di Wad SCN Hosp. Seri Manjung. Arwah akan dikebumikan berhampiran dengan kubur kakaknya Batrisyia dan moyangnya di Tg. Bidara, Kg Gajah. Semoga roh anak kami dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg soleh. Terima kasih atas iringan doa sahabat2 semua."

"jutaan terima kasih dari saya dan suami atas ucapan takziah dan sokongan dari semua rakan2. jenazah puteri kami selamat disemadikan pada jam 12.30tgh. doakan kami berdua terus tabah menghadapi ketentuan ini. kami redha dengan pemergiannya. sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa mengikuti perkembangan puteri kami sehingga ke hayatnya yang terakhir."

Ya! Allah....hanya Tuhan yg tahu sedihnya hati ini....aku nak call kza,tp memikirkan keadaan sekarang ni x sesuai sbb kza mesti tgh bersedih...aku batalkan niat itu...nnti bila keadaan dah tenang n reda....aku pasti akan menghubunginya....

status dari kza yang membuatkan airmata ini x berhenti mengalir.......dan klik SINI

"tiap kali teringatkan arwah, air mata keluar tanpa dikawal. pada kebiasaanya waktu ini kami akan setia menemani arwah di tepi incubatornya di wad SCN. terasa malam ini sunyi...kosong dan sepi."

dan pagi semalam kza sms "lia...sukarnya nak menghadapi hari2 mendatang",masa baca sms ni andainya kza ada di depan mata...pastinya aku akan peluk dia sekuat hati.......kzaaaaaaaaaa!!!!

~ lia abadikan kenangan ini dalam blog utk tatapan lia sampai bila2.......semoga arwah NURIN ZARA ZAHIRAH tenang n aman disana...Al-Fatihah ~

p/s: aku membuat n3 ini selepas subuh tadi...sepanjang aku menyiapkan n3 ini airmata x henti mengalir.....kat luar pun hujan lebat sgt2..bagaikan memahami kesedihan hati ini...kepada kza n suami, tiada apa yg dapat lia lakukan selain mendoakan semoga kalian berdua tabah n redha menghadapi dugaan n ujian dariNya....insya'allah apa yg berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya.....lia sgt2 berharap andainya dipanjangkan umur n ada rezeki..lia nak sgt2 jumpa kza.......



33 cerita dari hati:

Cik Sara said... Reply To This Comment

Salam Mama Lia..
Jb dilimpahi hujan sejak subuh tadi.. turut merasai kesedihan kza sekeluarga. Semoga beliau tabah menghadapi kehilangan puteri tersayang..
InsyaALLAH, syurga buat puterinya..

mamalieyna said... Reply To This Comment

YA Allah berat dugaannya...eina pun dah nangis ni..menangis pd kita, pd yg menanggung..yaAllah..moga akak kza kuat dalam menghadapi dugaanNya..terbyg2 keadaan sayu dan sedihnya..

JaJa'Z said... Reply To This Comment

salam takziah dr jaja utk kak za sekeluarga..jaja doakan semoga kakza terus tabah dlm menghadapi ujian ni...

dieya said... Reply To This Comment

keciknya kaki baby tu.. innalillah.. surely baby nurin akan menanti ibu dan ayahnya di syurga sana.

k lieya, baby nurin dikebumikan dekat dgn kubur kakaknya? meaning ni kehilangan kedua kza ke? sedihnya...

Sari Yusa Ibrahim said... Reply To This Comment

Innalillahiwainnailaihirajiunnn... semoga kedua ibu bapanya tabah menghadapi ujian ini, Nurin Zara Zahirah tempatnya di syurga... Al-Fatihah.

☆ lieya latif ☆ said... Reply To This Comment

subhanallah...besar sungguh ujian Allah....maknenye kak, due2 org anak kak za dah pergi la yeak....die ade anak lain lagi tak.....

mmg tak sume akan kuat mcm kak za ni kak...lieyapun belum tentu kuat mcm die....ya Allah semoga die dikurniakan kekuatan dan rezeki cahaya mata lagi....amin....

alfatihah buat bidadari syurga!~

Mamamya said... Reply To This Comment

cik sara...

waalaikumussalam...

insya'allah..terima kasih atas doa sara...mudah2an dimakbulkan....amin.

Mamamya said... Reply To This Comment

iena...

tu la iena.."berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul" semoga kza tabah n kuat semangat...insya'allah....

Mamamya said... Reply To This Comment

jaja...

thanks dear....

Mamamya said... Reply To This Comment

dieya...

kecik sgt2 dieya...imagine berat dia masa lahir cuma 880gm...so sad...smpi hari ni w'pun akak x penah tgk arwah..bagai t'bayang2 betapa kuatnya dia menghadapi saat2 sukar...namun Allah lebih sygkan dia.....al-fatihah.

Mamamya said... Reply To This Comment

kak sari...

terima kasih atas doamu....

Mamamya said... Reply To This Comment

lieya...

besar dugaan utk kza n suami....semoga mereka berdua tabah menghadapinya...

dia blm dikurniakan cahayamata lagi lieya....

thanks dear...

Kakzakie said... Reply To This Comment

Kakak dapat rasakan apa yg ibu Nurin rasakan. Kalau dah nama wanita membaca N3 pun airmata luruh apatah lagi yg menghadapi ujian getir ini.

Sembah salam takziah buat kza. Allah jua yg mengetahui.

Murni said... Reply To This Comment

Al fatehah utk baby nurin....

Hanis Azla said... Reply To This Comment

Terasa sebak dan sedih sgt membaca entry ini.. harap2 Kza dan suaminya akan terus bersabar dengan dugaan yg tertulis buat mereka.. Al-fatihah utk arwah..

Sha@Mama Tina said... Reply To This Comment

seorang ibu pasti dapat merasakan kesedihan kza kan is..kita yang tak pernah mengalami ni tertanya2 betapa kuatnya semangat ibu & ayah yang menanggung..melihat didepan mata..

Semoga baby zaza tenang disana..alfatihah..

Areef Ibn Naim said... Reply To This Comment

assalamu 'alaikum kak,

takziah tuk arwah... saham yg sdg menanti di akhirat kelak...

shah-kayrul said... Reply To This Comment

takziah untuk kak za...sabar menghadapi dugaan dari allah swt...

Mamamya said... Reply To This Comment

kak zakie...

setiap kali t'ingat pada kza...airmata ni t'sgt lah 'murah'...

terima kasih yer kak....

Mamamya said... Reply To This Comment

murni...

terima kasih murni...

Mamamya said... Reply To This Comment

hanis...

terima kasih....sesungguhnya dugaan ini sgt berat utk mereka...

Mamamya said... Reply To This Comment

along...

setiap kali t'ingat pada arwah mmg terasa sedih hati ni...w'pun aku x pernah bersua dgn dia....

al-fatihah...

Mamamya said... Reply To This Comment

areef..

waalaikumussalam....

betul tu...dia bidadari syurga utk ibu/ayahnya....

Mamamya said... Reply To This Comment

shah-kayrul...

terima kasih atas doamu....

ZanaNordin said... Reply To This Comment

subhanaallah kak
sayunya baca citer kak za nie kak
pada yang mengalami jer tahu betapa berat dan hancur luluhnya hati untuk menghadapi sebuah kehilangan....apatah lagi, kehilangan permata yang di nanti bertahun2...

moga kak za tabah menghadapi ujian dariNYA.
insya allah, ada hikmah di setiap apa yang berlaku

sesungguhnya nurin adalah bidadari syurga yang bakal menanti kehadiran ibu dan bapanya di syurga....

Lelord said... Reply To This Comment

alfatihah utk arwah, semoga kak za sekeluarga tabah

Mamamya said... Reply To This Comment

zanna...

sedih sgt..smpi arini pun akak masih terasa kesedihan kza...semoga dia tabah...

Mamamya said... Reply To This Comment

lelord...

al-fatihah....itulah doa dr aku setiap hari,smga kza tabah n kuat semangat...

Citarasa Rinduan said... Reply To This Comment

assalamualaikum..
kak lieya...menitis airmata ini..
besar pengorbanan kza skluarga..
semoga arwah menunggu kza diakhirat sana

PS: terima kasih kerana kongsi ttg berita kza(walau ayu tak mengenalinya)......kak seorang yang sangat baik hati

Mamamya said... Reply To This Comment

ayu...

waalaikumussalam...

setiap kali ingat pada kza..smpi hari ni pun akak masih sedih..apatah lagi yg tuan punya badan...tp akak mengharapkan semoga kza tabah n kuat menghadapi dugaan ini....insya'allah....

p/s:sekadar luahan hati je ayu....

ayu marlina said... Reply To This Comment

takziah untuk arwah bb nurin.. saye penah merasai ape yg dilalui oleh kza.. mungkin dugaan x sehebat kza.. tapi sesungguhnya Allah maha mengetahui ape yang terbaik telah ditentukan untuk hambaNya..

ayu doakan kza tabah dan sabar dlm mengharungi segala ujian dan dugaan dari Nya.. amin!

Mama QS said... Reply To This Comment

As-salam.... salam perkenalan ... saya sendiri kelu lidah ....semoga mereka tabah

Nur-nba said... Reply To This Comment

Assalamualaikum..
Ya Allah sebak tatkala menbaca coretan ini.. Moga Kak Za tabah menempuh dugaan dariNya. Al-Fatihah untuk arwah..