December 16, 2010

Duhai anak......

ANAK

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia


sajer pagi nie nak share lirik lagu "anak"...sbb malam td en.suami suruh anak2 dgr lagu ni sebelum tido.....bila aku hayati lirik lagu ni...mmg menyentuh hati...bukan aku x penah dgr lagu ni sblm ni...tp bila mlm td dengar dalam suasana gelap gelita mmg menusuk kalbu liriknya....

untuk adik & kakak......


sebagai ibu/bapa....mama & baba sentiasa berdoa semoga anak2 mama & baba akan menjadi anak2 yg soleh & solehah....anak2 yg berguna serta b'tanggungjawab.....anak2 yg berjaya dalam kehidupan hari ini dan akan datang.....

klu blh setiap permintaan anak2 akan mama & baba cuba di tunaikan sebaik mungkin..biarlah mama & baba mengalah.....janji kakak & adik gembira....rasa puas bila melihat keceriaan terpancar di wajah anak2...

wajah2 yg tersayang......

~ mak & abah en.suami.... ~

~ mak & ayah tersayang.... ~

~ semoga kami akan menjadi anak2 yg terbaik utk mak & abah...mak & ayah.....menjadi mama & baba yg sempurna utk anak2 kami....aminnnnnn ~


Jika anak dibesarkan dengan celaan

Ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan

Ia belajar menentang

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan

Ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi

Ia belajar jadi penyabar

Jika anak dibesarkan dengan dorongan

Ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian

Ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan

Ia akan terbiasa berpendirian






"didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang; kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang berbeda."




12 cerita dari hati:

JaJa'Z said... Reply To This Comment

aminnnn...semua parent sentiasa nak anak2 dia berjaya dan bahagia..semoga jaja pun dapat jadi anak yang berjasa kepaa mak bapak jaja sendiri..

Unknown said... Reply To This Comment

jaja...

insya'allah jaja...akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk jaja & en.zack.... :D

Lelord said... Reply To This Comment

tersentuh ngan bait2 di atas

No name said... Reply To This Comment

tersentuh juga dgr lagu nie... amin - amin.. moga saya bakal jadi anak ibu yang sempurna

☆ lieya latif ☆ said... Reply To This Comment

lagu tu mmg best kan lia..touching jek...tapi mmg laaa cite bab anak, n ibu bapammg sayu jek kite kan...lagi2 dgr lagu ni lia...huhuhu...touching....

comey anak2 lieya...bam2...suke tgk tau...ape laa reaksi dieorg nanti kan bile dah dpt adik nanti..tak sabar lak lieya....

wahida said... Reply To This Comment

mmg sayu je dgr lagu tu kan...
semoga anak2 kita x lupa pd kita kalau dorang dah besar nnt...amin...

Unknown said... Reply To This Comment

lelord...

aku pun....lbh2 lg mlm td kmdo buka lagu time kita org semua nak tido....wahhh..syahdu semacam jer....ingat kat mak/ayah

Unknown said... Reply To This Comment

lizzie yasmin...

amin...insya'allah semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya..... :)

thanks sudi singgah cni....

Unknown said... Reply To This Comment

lieya...

lagu ni kegemaran en.suami...dia mmg sgt2 suka lagu ni sbb katanya byk msg t'sirat...mmg menyentuh kalbu kan klu citer ttg bab2 ayah/mak nie.....

he3...x dapat nak dibayangkan mcmana reaksi dia org nnti...bby x keluar lg pun dah xcited sgt sbb bby boy kan....x sabar nak menanti kelahirannya.... ^___^

Unknown said... Reply To This Comment

wahida...

harap2nya mcm tu lah...itu lah doa lia setiap hari..maklum aje lah zaman skrg ni mcm2 hal blh jd..ada yg sanggup pukul malah bunuh mak/ayah sendiri...nauzubillah...mohon dijauhkan lah hendaknya.....

Kniedaz said... Reply To This Comment

Nice...lia bila due? Excited menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kita kan? ^_^

Unknown said... Reply To This Comment

kniedaz....

insya'allah 10 january... btl2,lbh2 lg kali ni nak sambut bby boy pulak....^__^

kniedaz tentu lg happy sbb nak dapat twin kan....

semoga semuanya dipermudahkan.....amin.