December 06, 2010

Salam Maal HIjrah

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.




PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.



7 cerita dari hati:

Unknown said... Reply To This Comment

Salam kembali..
Thanks for sharing..
Banyak gak peristiwa yang berlaku pada tarikh ni..

dieya said... Reply To This Comment

salam maal hijrah kak lieya!
still merewang2 kat kg lagi? cuti maal hijrah byk kenduri?

wahida said... Reply To This Comment

salam maal hijrah liya...semoga hijrah tahun ini membawa seribu keberkatan...

Unknown said... Reply To This Comment

jamiel....

salam...lama dah x nampak...wife dah b'salin ker?

ye la kan..akak pun baru dpt info ni...tu yg share kat sni.... :)

Unknown said... Reply To This Comment

salam dieya...

salam maal hijrah for u too.....

alhamdulillah arini dah blk umah...dah habis dah sessi rewang merewang..... ^___^

Unknown said... Reply To This Comment

wahida...

insya'allah... ~amin~

My Bloggie ! said... Reply To This Comment

kak long copy paste !!! hahaha