BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
CARA MEMBUATNYA :-
- Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
- UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
- UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
4 cerita dari hati:
Assalamualaikum sis Ismaliana..
Salam perkenalan dari Akak.. terima kasih kerana beri komen di Entry BEn.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog akak.
Post Entry Ismaliana pun sungguh menarik.. tak jemu membacanya. Ada resepi yang sungguh enak lagi tu.. Brownies ni pun favorite akak jugak ni.. rajin masak eyh!! All the best!
Wassalam.
Heheheh besttt brownies ni...dh rasa n siap tapau lagi. Is lenkali wat lagi ek tu pun kalau aku de kat mesia lagik la
lela....insya'allah...klu ko turun jb b'tau la kat aku yer...nnti aku buatkan....
salam... mintak izin nk copy resepi...hehehe...
Post a Comment